Skip to main content

TENTANG KAMI (Tentang saya sebenarnya)

Tentang Saya

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Nama saya Ahmad Khairul Nizam bin Bahrinal, lebih mudah dipanggil sebagai Nizam. Saya sudah menceburi bidang hartanah lebih 10 tahun. Tidak begitu lama tetapi cukup untuk melayakkan saya merasai pelbagai pengalaman yang ada dalam bidang ini dan ketika ini , saya masih lagi ‘explore’ ilmu-ilmu baru dalam bidang hartanah.

Biodata Asas

Nama: Seperti di atas
Panggilan: Nizam
Asal: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Status: Berkahwin

Pendidikan

Saya mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Seremban (kini SMS Tuanku Munawir), Jalan Sikamat , Seremban. Setelah mendapat keputusan memberangsangkan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di salah sebuah universiti terkemuka Korea Selatan dan dunia, Korea University, Seoul. Saya menamatkan pelajaran di Korea University dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Mekanikal.

Kerjaya Dalam Bidang Kejuruteraan

Saya mula berkerja sebagai Jurutera di Lotte Engineering & Construction dan hanya bertahan sekejap sahaja sehinggalah projek di Pasir Gudang, Johor tamat.

Kerjaya Dalam Bidang Hartanah

Tidak lama selepas berhenti kerja di Lotte, saya mulakan kerjaya saya sebagai Perunding Hartanah(REN) di Azmi & Co (Estate Agency) KL Sdn Bhd (Kini dikenali sebagai ACEAKL Estate Agency Sdn Bhd) pada tahun 2014 sehingga akhir 2019.

Selepas itu, saya berhijrah ke 2 syarikat lain, iaitu AJC Property Surveyors Sdn Bhd (2019 – 2021) dan juga AFZ Realty Sdn Bhd (2021 – 2023) dan akhirnya kini saya berkhidmat di HOMEFIELD REAL ESTATE SDN BHD.

Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang hartanah pada tahun 2016 di Institut Penilaian Negara (INSPEN) Putrajaya dan tamat belajar pada tahun 2017. Selepas itu saya mendaftarkan diri sebagai Ejen Hartanah Percubaan (Probationary Estate Agent – PEA) dan bermulalah perjalanan saya sebagai PEA dari tahun 2018 sehinggalah 2022.

Akhirnya pada April 2023, saya lulus TPC (Test for Professional Competency) dengan cemerlang dan saya diiktiraf sebagai Ejen Hartanah Berdaftar (Registered Estate Agent – REA) E 2972.

Kerjaya Sebagai Ejen Hartanah

Saya berpengalaman menguruskan REN-REN di bawah seliaan saya dan secara langsung aktif sebagai ejen hartanah. Beratus hartanah berjaya dijual sepanjang tempoh menjadi seorang REN , PEA dan kini sebagai REA.

Semoga dengan kewujudan laman web ini, dapat membantu ramai di luar sana untuk memiliki hartanah.

Sekian,

NIZAM
Ejen Hartanah Berdaftar
E 2972

Homefield Real Estate Sdn Bhd – E(1)1339